Friday, February 13, 2009

Bengkel Penulisan

Bengkel Penulisan: Satu Langkah Ke Arah Menjadi Penulis Profesional @ Bestseller anjuran E-Rehal Training and Services Sdn Bhd. dan D'Reka Publication Sdn. Bhd. akan diadakan pada 7 March 2009 (Sabtu), 9am - 5pm bertempat di Hotel Residence @ Uniten, Bangi. Semua dijemput menghadirinya dan tempat adalah terhad. Maklumat lanjut sila hubungi 017-6461750

Friday, April 4, 2008

Bengkel Teknik Belajar Cemerlang

Bengkel ini telah dijalankan pada 30 March 2008 (Ahad) di Masjid Jamik Rantau. Seramai 70 orang pelajar tingkatan 1 - 3 yang merupakan anak-anak qaryah masjid tersebut telah mengikuti bengkel di atas yang dikendalikan oleh Cikgu Norhisyam Hj Omar (Kaunselor SMK Seremban Jaya 2). Bengkel ini adalah siri Program Remaja Cemerlang (PEWARIS) Masjid Jamik Rantau yang telah disempurnakan pelancarannya oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Januari 2008 yang lalu.

Bengkel Pengajaran Jawi dan Bahasa Arab

Bengkel ini insyaallah akan diadakan pada 12 April 2008 bagi guru-guru daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau. Bengkel ke 2 pula kan diadakan pada minggu yang berikutnya iaitu pada 19 April 2008 bagi daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin. Bengkel ini akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang. Tempat bengkel akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi.

Thursday, April 3, 2008

Kursus Asas Pengajaran Ulum Syar'iyyah

Insyaallah esok 5 April 2008 E-REHAL dengan kerjasama JHEAINS dan MAINS akan menjalankan siri ke 4 kursus asas pengajaran Ulum Syar'iyyah untuk guru-guru KAP dan SAR bagi daerah Jelebu dan Jempol bertempat di Serting Hilir.